Saturday 24 March 2012

yeeehaaaaaa ^^! new hobby vs new tabiat ^^

Assalamualaikum...




hehe...bila tak update..mmg tak update langsung..bila dah update tak henti2 update pulak..haiiii...itu lah mazida..

bukan apa kembali meng'update' ni sebab ada benda yang betol2 nak dikongsi..1ST hati saya tak tahan lagi tgk DSLR..yeahh..DSLR tiu adalah sejenis kamera..kalo korang slalu tgk para2 protographer dok pegang tu..kamera mcm tulah yang saya mengidam skrg nih...

paling latest G12.. yang masok dalam mimpi saya dah 2-kali dah..saya mula kenal dgn G12 ni after tgk fb pensyarah saya..SIR baru bli kamera..harga dia RM1500..terbaek lah...mmg saya tgh cari kamera yang range harga dia mcm tu pun..baru2 ni sir bwak kamera tu p diving..hasil gmbar yang diambil ok sgt..so lagi la saya tak tido lena..mcm nak capai 1..tapi budget lari la plak..maklumlah baru masuk sem 2 ni ha...bnyk pakai duit..RAM laptop pun nak kena tambah, baju koprat lah..baju dinner lah...mcm2..nak mintak kat mak..macam tak dapat je..sebab duit mak saya baru ja lesap 2 ribu..pastu saya p kecek2 mak saya bli moto lagi..haiii...mmg tak dapat lah bli G12 pakai duit mak saya..so kena la pakai duit sendiri..nak buat muka kesian kat abg2..satg abg2 saya buat muka kesian balik kat saya...

dula saya bekenan dgn olympus..tapi harga mmg tak mmpu la...saya pun suka nikon 1 yang pink tu...juga tak mampu...so skrg ni...aim G12-CANON..insyaAllah..azam nak simpan separuh dari duit PTPTN tambah ngan duit simpan sikit2 tu..tambah ngan duit keja part time bulan 6 nnt..insyaAllah pengakhiran 2012..dah bleh dapat G12 seketoi...kena ikat perot arr mcm ni....demi G12...


BILA DAH DAPAT KAMERA BARU LAH SEMANGAT NAK P CARI VIEW...NI CARI VIEW TAPI JUST GUNA KAMERA FON...ADOI...SAT2 NAK BLURR LA..APA LAH....

NI ANTARA GAMBAR GUNA KAMERA FON SAMSUNG TOUCH SKRIN SAYA YANG SAYA BLI HARGA rm320..

credit to my rumet coz jadi model kali ni...


thanks untuk cayang ryan sebab jadi model aunty kali ni...

-bila dah dapat G12: akan semakin banyak gambar baby yang akan diambil...dorang kiut...telatah dorang tak dibuat2...hehehehehe
-gambar makanan tak dilupakan
-juga gambar borneo...nantikan...insyaAllah^^





Friday 16 March 2012

AKHIRNYA AKU KAWIN...~perihal kawin campor~PART 1

Assalamualaikum wbt..
apa khabar anda yang membaca blog hantu cekelat nih?

mmg saya dah lama tak update..tetiba saja terasa nak update..tajuk pulak..bukan main lagi..ISU KAWIN CAMPUR..hehe..slalunya org akan cakap soal isu kawin muda..tapi..saya rasa mungkin anda dah cukop faham mengenai perihal kawin muda...so, apa kata kita bincangkan mengenai kawin campor pulak...sebelom tu..apa yang bakal saya bincang kan disini mungkin ada kesilapan..dan oleh itu anda si pembaca...cepat2 betolkan ek....tq

baiklah...definisi kawin campor sudah semestinya kita semua tawu..perkahwinan yang terbina mempunyai perbezaan mungkin dari segi etnik..bangsa..mahupun agama...BETOL..dalam Islam..kawin campor di antara dua agama SGT TAK BOLEH!..lelaki kristian tak boleh kawin dgn perempuan islam..begitu juga sebaliknya...tetapi..SAH! sekiranya..kedua2nya adalah islam..

Dalam fatwa yang disiarkan dalam akhbar Arab antarabangsa, Asharq al-Awsat dijelaskan bahawa hukum tersebut dibuat berdasarkan kepada beberapa pandangan fikah dan dalilnya yang dikaitkan dengan kaedah fikah dan kaedah usul fikah dan matlamat syariah (maqasid asy-syara') serta mengambil kira hakikat-hakikat baru yang dihadapi wanita-wanita Islam di Barat disebabkan suami mereka mahu kekal dengan agama asalnya.

Bagaimanapun, fatwa tersebut mengharamkan wanita Islam yang merupakan Islam asal atau sejak dahulu lagi menjadi Islam berkahwin dengan lelaki bukan Islam sebagaimana telah diijmak atau disepakati ulama dahulu dan sekarang.

Adapun jika wanita Islam itu memeluk Islam selepas berkahwin dengan suaminya, dia boleh tinggal bersama suami yang bukan Islam itu.

Fatwa berkenaan terkandung dalam keputusan atau perkara keempat yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Eropah berkaitan kehidupan isteri yang memeluk Islam tanpa suaminya. Keputusan keempat itu berbunyi: ``Harus bagi isteri tinggal bersama suami yang bukan Islam atau membolehkan suami yang bukan Islam melakukan kehidupan suami isteri ke atas dirinya selepas tamat edah menurut pandangan empat mazhab.''

Empat mazhab ialah Mazhab Syafie, Mazhab Maliki, Mazhab Hanbali dan Mazhab Hanafi.

Dalam penghujahan seterusnya keputusan Majlis Fatwa Eropah itu menyebut bahawa sesetengah ulama mengharuskan wanita mualaf atau yang baru memeluk Islam tinggal bersama suami asal yang bukan Islam dengan mendapatkan segala hak dan kewajipan suami isteri jika tidak memudaratkan agamanya (isteri) serta dia juga berusaha untuk memujuk suami mengikuti jejaknya.

Ulama-ulama itu berkata, pendirian itu diambil agar tidak menjauhkan wanita bukan Islam daripada Islam. Kerana jika mereka mengetahui akan menyebabkan dirinya berpisah daripada suami dan meninggalkan keluarganya, mereka akan menjauhi Islam.

Hukum itu berdasarkan kepada ijtihad Amir Mukminin Umar bin al-Khattab yang membenarkan seorang wanita yang memeluk Islam memilih untuk tinggal bersama suaminya yang tidak memeluk Islam atau bercerai dengannya. Umar bin al-Khattab berkata: ``Jika engkau mahu, ceraikan dia dan jika engkau mahu, tinggal bersamanya.''

Kata-kata Umar bin al-Khattab itu terkandung dalam riwayat yang benar (thabitah) diceritakan oleh Yazid bin Abdullah al-Khatmi.

Begitu juga ia berdasarkan kepada pandangan Amir al-Mukminin Ali bin Abi Talib yang membenarkan wanita Kristian yang memeluk Islam ditiduri suaminya yang merupakan Kristian atau Yahudi. Ia juga merupakan riwayat benar.

Riwayat seumpama itu juga diceritakan datang daripada Ibrahim an-Nakhi'i, asy-Sya'bi dan Hamad bin Abi Sulaiman.

Baki tiga keputusan Majlis Fatwa Eropah sebagai berikut:

1. Jika suami dan isteri bukan Islam memeluk Islam dan isteri bukan tergolong daripada wanita mahram dan sesusu dengannya, maka perkahwinan asal mereka sebelum Islam adalah sah.

Ini bererti mereka berdua tidak perlu berkahwin semula setelah memeluk Islam.

2. Jika suami seorang saja memeluk Islam dan tiada perkara-perkara yang mengharamkan mereka berdua berkahwin serta isteri pula merupakan ahlul kitab, maka perkahwinan asal mereka juga sah.

3. Jika isteri memeluk Islam dan suami masih beragama asalnya, maka ada empat hukum:

A: Jika isteri memeluk Islam sebelum berkahwin dengan suami dan belum juga disentuh atau ditiduri olehnya, maka wajib bagi mereka bercerai dengan segera.

Ini bermaksud jika seorang wanita bukan Islam memeluk Islam dan selepas itu dia berkahwin dengan seorang lelaki bukan Islam serta ditiduri olehnya, maka perkahwinan mereka tidak sah dan wajib bercerai dengan segera. Si isteri dalam kes ini tidak boleh menjadi orang Islam dan tinggal bersama suami bukan Islam seperti yang disebut dalam keputusan keempat di atas.

B: Jika isteri memeluk Islam selepas berkahwin dan ditiduri oleh suaminya dan si suami pula memeluk Islam sebelum tamat edah, maka perkahwinan mereka dianggap sah.

Dalam kes ini tidak perlu lagi diakad nikah baru seperti juga dengan keputusan kedua.

C: Jika isteri memeluk Islam selepas berkahwin dan ditiduri oleh suaminya serta tamat edah, maka si isteri mesti menunggu si suami memeluk Islam walaupun berapa lama. Selepas itu jika si suami memeluk Islam, perkahwinan awal mereka dianggap sah tanpa diperbaharui.

D: Jika isteri bukan Islam memeluk Islam dan memilih lelaki lain untuk berkahwin dengannya selepas tamat edah, maka si isteri perlu menuntut fasakh daripada suami awal melalui mahkamah.

Perlu diterangkan bahawa fatwa atau hukum ini dibuat dalam konteks Barat bagi menyelesaikan masalah kehidupan keluarga yang dihadapi masyarakat di sana. Orang Barat juga kebanyakannya berpegang dengan agama-agama langit dan mereka tergolong daripada ahli al-kitab.

Mungkin para ulama negara ini mempunyai pandangan yang berbeza mengenai isu ini memandangkan masyarakat kita berbeza dan agama yang dipegang mereka juga tidak semuanya merupakan agama langit. Ada penduduk negara ini yang menganut agama-agama budaya seperti Hindu dan Buddha.

Dengan itu mungkin kita di sini memerlukan ijtihad yang lain yang sesuai dengan suasana kita.

Pihak yang layak untuk memikul tugas ini sudah tentu Majlis Fatwa Kebangsaan.

Bagaimanapun, penulis ingin mengingatkan bahawa jika kita menolak atau menganggap fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Eropah itu tidak sesuai dengan masyarakat negara ini ia kurang tepat.

Ini kerana hukum yang diijtihadkan oleh Umar bin al-Khattab dan Ali bin Abi adalah dikuatkuasakan dalam negara Islam.

Ini bererti hukum yang diijtihad oleh kedua-dua khalifah itu lebih relevan dengan Malaysia sebagai sebuah negara Islam berbanding dengan masyarakat Barat.



p/s :- apa yang dibincangkan tadi tu semuanya saya ambil dari sumber yang boleh dipercayai..
-moga perkongsian di atas dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan buat anda..
--kalau ada salah dan silap mohon buat teguran..
-sama2 kita belajar untuk menjadi lebih baik..insyaAllah...^^

doodle untuk kawin campur belom saya siapkan...akan saya postkan di entri akan datang..^^