Thursday 23 February 2012

saya & HARIMAU MALAYA....

ASSALAMUALAIKUM WBT..
hmm khaifa haluki???

harap semua sihat2 lah kan...

rasa-rasanya...mcm dah lama je saya tak update blog ni sejak2 dah balik rumah kedua ni...hehe...rumah kedua saya adalah hostel saya lah...kat sabah ni haaa..biasa lah sibok skit sejak2 ni..saya sibok dgn sem baru..nak daftar kursus lah..pegi kelas..semualah..yg the latest saya dgn ICELEMONTEA..coming soon...ICELEMONTEA dalam perancangan untuk buat food review...yg jd tukang rasa ialah saya dah membe saya..insyaAllah...makin gemok la pas ni....hmmm...hope ICELEMONTEA dapat bagi guide tempat yang paling syiok utk korng semua terjah pegi makan.....nnt kan..coming soon..akan launch...

alhamdulillah..beruntung jugak stay kat sabah ni...

actually..kurang dari setaun saya kat sini...tp dah mcm2 artis dah saya jumpa...antaranya adalah PAK NIL...RAY ERA...HANIFF ERA...AIRIL..KUMP PADI..SHUIB SEPAH...

dan yang paling latest ni ha..adalah GENG HARIMAU MALAYA...

Seperti yang semua tau..semalam(persamaan 22 hb february 2012) geng malaysia dah tewas lawan ngan jepun 4-0 tu...hmmm nak buat mcm mana...adat perlawanan ada kalah ada menang..dah tak da rezeki pasukan malaysia tu menang kali ni kan...hhmmmm tak pe lah.....tak da rezeki...tapi kita kena selalu doa..hope dorang boleh buat yang terbaik utk perlawanan akan datang...insyaAllah...

ok...tp pasal perlawanan semalam bukan lah motif saya tulis blog harini...tapi harini saya nak cerita pasal..geng HARIMAU MALAYA turun ke KOMPLEKS SUKAN UMS untuk training bg perlawanan dgn sabah esok(24 february 2012)..

petang tadi saya nak balik hostel..kompleks sukan tak jaoh dari hostel..so, membe saya si arif ni ajak g tgk dorang...so...saya pegi lah...hehe...berbekalkan kamera hp yang biasa2 je ni...boleh lah dari tak da kan...at least saya dah tgk depan mata kan...korang ada?? heheh....ok tak mau celoteh lagi..terima lah gambar2 ni....bukti saya dah tgk dorang..

nak saya kenalkan lagi ke siapa dorang yang dalam gambar kat atas tu?? tak yah la kan....hehehehe


k...yg di bulatkan merah tu..adalah si apek tu haa...dia tgh joging2 di padang ums...ums tau...hehehe


gambar kat atas tu..kalau korang zoom baik2 kat si apek(baju putih)...dia actuallly tgh pandang kamera saya...ter'kezut' jugak saya...berbangga..hehehe...tak lah bangga sgt pun...^^


yg saya merahkan tu adalah...si ANJING..yup anjing pun nak training bola gak..yg lawak...apek pandang je anjing tu...confirm dia cuak kan,.,hahahha

ok lah...line internet pun dah warna turkuaz...sebelom ia bertukar jd fully hijau better saya publist je teros..sory..actually banyak lagi gambar yang nak saya share...sory jugak..gambar tak clear...huhu

wassalam...^^






Tuesday 14 February 2012

PRAY 4 SYRIA...

ASSALAMUALAIKUM WBT...
ALHAMDULILLAH...APA KHABAR WAHAI PEMBACA BLOG 'HANTU CEKELAT'?...

Baiklah..harini saya terpanggil-panggil untuk berbicara tentang sebuah negara bergolak SYRIA....hmm...sebelum ini pun saya sendiri pun tak penah tahu keadaan sebenar di syria..yang saya tahu..syria sekarang sedang tidak aman..masyaAllah..dunia akhir zaman..sebagai mana hadis diriwayatkan:
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai Rasulullah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan"

H.R IBNU MAJAH

berbalik kepada pergolakkan di SYRIA..seperti yang kalian tahu Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA-
Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN
Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BERIKUT MERUPAKAN BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad?

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

MUNGKIN JUGA ANDA BEGITU JUGA SAYA TERTANYA2..KENAPA KITA KURANG TAHU PASAL PERKARA INI..?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ;
"Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17;
Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Disampaikan oleh Syeikh Khaled Hassan Al-Hindawi, beliau adalah seorang pembantu kepada Ulama' Besar Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, merupakan anggota Gabungan Ulama Sedunia yang diketuai oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dan anggota Rabitah Adab Islami yang berpusat di Lucknow, India. Beliau dihantar oleh Syeikh Al-Qardhawi khusus untuk menjelaskan apa yang berlaku di Syria sebenarnya pada hari ini. Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )

DOODLE YG SEMPAT SAYA SIAPKAN :
MARI KITA SAMA2 BERDOA UNTUK SAUDARA KITA DI SYRIA


P/S : ENTRI KALI INI SAYA BACA DAN EDIT DARI BLOG2 DAN SUMBER YG BOLEH DIPERCAYAI..WALLAHUALAM..



DoOdLe..versi BARU MENCUBA^^

ASSALAMUALAIKUM..
ALHAMDULILLAH..moga kalian semua sihat sentiasa harini..
hmm...sebenarnya..harini apa yang saya nak kongsikan adalah DOODLE..
saya pasti semua penah tgk kartun2 yang comel2 kan?
byk jugak blog2 yang buat tutorial buat DOODLE ni,..dari basic sampai lah ke tahap profesional..
itulah sebenarnya function internet..kena pandai guna..selain dari fb..try search apa2 yang kalian rasa ingin tahu..insyaAllah mesti dapat..
ALHAMDULILLAH..di saki baki cuti semester ni..sempat jugak saya blajar buat doodle..sebab tu nampak mcm busy je..bila ada yang kol..mmg saya tak jawab..(henfon pun entah kemana hilangnya)..
tapi busy mana pun kita..saya nak pesan SOLAT LIMA WAKTU JGN DILUPA..
ok lah saya tak nak lagi berceloteh panjang..sebab mesti kalian nak tgk hasil kerja saya kan? hehe..alhamdulillah..tak lah sehebat pelukis2 doodle yang proresional..saya budak baru blaja^^..

doodle di atas ni..mmg versi budak baru blaja..saya main tekan je..saya belom rujuk tutorial lagi time ni...


doodle yang di atas ni selepas saya merujuk kpd beberapa tutorial..insyaAllah next entri saya akan sertakan link2 blog yang menyediakan tutorial buat doodle...

insyaAllah jumpa lagi di entri yg akan datang..
syukran akhina ya uktina yang sudi membaca entri kali ini^^

p/s : this blog will be upgrade to english version..insyaAllah

Sunday 12 February 2012

ke manakah perginya SI LIPAN BARA...?

Assalamualaikum...

hurmm harini entri agak menyeramkan..
SI LIPAN BARA??? ERR apakah yang dimaksudkan saya ngan SI LIPAN BARA ni?

actually mcm ni...tadi saya tengah online..(tadi tu dalam area 10.30 pm)..saya online di ruang tamu umah...mak pulak tgh tido depan saya..

mcm biasalah..hobby saya baca blog2 org..baca newspaper online..facebook...
mmg saya agak khusyuk la menatap skrin komputer ni ha..tetiba..jeng..jeng..jeng...

dari celah bantal mak tido tu keluar sekor SI LIPAN BARA..saiz dia masyaAllah..kalau terkena sengatnya tu..mmg demam berminggu2 gak lah...SI LIPAN BARA ni dengan selambernya melintas depan saya..lebih kurang 15cm dari kaki kanan saya..
Alhamdulillah..saya bukan jenis cepat melatah..kalo org lain mesti dah menjerit...
apa yang saya buat saya keraskan badan saya...saya tak terus bangunkan mak saya..sebab kalau saya bangunkan mak saya, nnt berlakunya pergerakkan disitu..so, at the end..either mak saya or saya yang bakal disengat SI LIPAN BARA NI..

then, SI LIPAN BARA..menyusup ke celah bawah almari TV..ikotkan hati nak saja saya capai apa2 n ketuk dia..tapi fikir2kan balik..mak saya terlalu dekat dgn SI LIPAN ni..

hmm, bila dah SI LIPAN BARA ni menyusup di celah bawah almari tv..barulah saya bangunkan mak saya..
hurmm, mcm detective conan sorang..mcm agent FBI sorang..terjenguk cari SI LIPAN BARA ni..tapi..cari punya cari..tak jumpa pun...ke manalah SI LIPAN BARA ni bersembunyi..

tak cukop dgn detective conan dan agen FBI..saya mintak tolong dgn agent perisik..iaitu kucing saya SI BUBU..saya mintak SI BUBU ke almari tv tu...suruh dia cari..tp..lincah betol lah SI LIPAN BARA ni..still tak jumpa jugak...

yelah..takot jugak..nnt tetiba dia keluar..n skali lagi mak saya tgh tido kat situ..ataupun saya ke..ataupun baby2 merangkak2 ke situ..hmm...mintak simpang lah..harap sgt SI LIPAN BARA tu pergi jaoh2..jgn muncul lagi...

hurmm..pesanan saya..sekarang ni musim panas..memang..binatang2 macam ni akan keluar dari habitat dorang..so berhatilah2..

wassalam..

Thursday 9 February 2012

Penulisan pada 10 FEBRUARI 2007

✿~ Hari ini kita bertemu..
✿~ Hari esok belum tentu..
✿~ Hari ini kita bersatu..
✿~ Hari esok Allah yang tahu..
>>> Selamat jalan bagi INSAN yang telah PERGI..selamat jalan sahabat, selamat jalan saudara SEISLAMKU..selamat jalan SIAPA PUN di sana..selamat jalan juga buat ABAHKU..satu waktu diriku akan MENYUSUL JUA..

Genap ke 5 tahun pemergian insan yang amat ku sayang..seperti pada tajuk entri ini..penulisan di bawah ini adalah penulisan asli ku pada tanggal 10 februari 2007 iaitu pada tarikh pemergian abahku untuk selamanya..penulisan ini saya tulis semula tanpa mengubah apa pada struktur ayatnya..sekadar ingin saya berkongsi saat kehilangan insan yang saya sayangi..dan mohon para pembaca menghargai mereka yang masih di depan mata...




Tanggal 10.2.2007..jam 10.00 malam adalah satu hari yang paling pahit yang pernah aku lalui. Aku kehilangan seorang ayah yang aku sayang, seorang ayah yg amat bertanggungjawab dan amat menyayangi aku. Abah meninggal tanpa sebarang kata. Abah meninggal sakit kencing manis, kaki abah kena potong(kiri). Aku tak sangka abah akan tinggalkan aku. Abah pergi buat selama2nya. Dah 4 hari abah dok kat ICU pastu abah dah tak dak.

Malam tu, masa aku tengah tengok TV ngan mak dan kak ida, aku terdengar bunyi h/p kak ida bunyi. Lagu 'pencinta wanita', aku turut menyanyikan lagu tu. tak sangka itu adalah panggilan yg membuat aku sedih hingga hari ni. Abang mok aku tengah mandi terus kelam-kabut pakai baju mencapai kunci kereta. Semasa dalam kereta mulut aku tak pernah berhenti mendoakan kesejahteraan abah aku. Sebaik saja sampai, akulah orang pertama yang berlari naik ke ICU. Aku masuk dengan kuarga aku. Dalam nurse sedang memanggil doktor, nurse suruh mak aku ajar abah mengucap..aku keluar seketika sebab aku dah tak tau nak buat apa pd waktu tu. Sedang aku berdiri di depan kaunter, Abang mok aku keluar dan mengatakan abah aku dah x dak. Hanya Tuhan saya yg tahu betapa sebaknya aku waktu tu..aku terduduk sambil menangis. Waktu tu tiada sesiapa pun yang boleh sabarkan aku. Aku masuk untuk melihat tubuh abah aku. Sedih dan tersangat sedih. Mak dan abah azim pun ada jugak waktu itu. Hanya mampu melihat aku yg betul2 kehilangan. Aku keluar untuk menghubungi munirah tapi, tiada siapa yang jawab. Aku kol kakak dia barulah boleh. Mak aku mengkhabarkan berita tu kepada cik miah untuk menyuruh depa kemas rumah. Aku naik kereta kak linda utk balik. Aku sempat hantar sms kat ilah supaya dia boleh khabarkan kat kawan2 aku yang lain. Sampai di rumah aku hanya boleh menangis da kemas. Dalam hatiku..terasa ia hancur dan musnah..sampai saja jasad abah aku, aku tersandar di dinding rumah. Mak su jah menyuruh aku untuk tidak menangis lagi. Tapi air mata ini mengalir dan tiada henti lagi. Aku berasa kecewa yang amat sangat. Aku baca yasin sebab nak sedekah kat abah dan sambil itu aku nak menenangkan diriku. Aku baca dan tanpa berganjak lagi. Aku terasa mengantuk dalam pukul 5 pagi aku tidur sekejap. Tak sampai satu jam aku bangun semula. Aku fikir waktu tu sahaja aku boleh bersama abah aku.. Aku sambung baca yasin semula..

Jam 5 pagi lebih aku keluar untuk menenangkan diri..aku lihat pokok2 dpn rumah..aku sedih sangat..sukat untuk digambarkan..setelah itu..aku masuk untuk tukar baju..aku pakai baju kurung biru bertudung putih..aku baca yasin lagi..sambil ramai jiran2 yg dtg menziarah..sukar untuk aku tulis warkah inni..aku rindu sangat abah

sampai 9.00 pago..abah aku sudah disiap sedia untuk dimandikan. Aku keluar untuk mendapatkan kwn2 aku di dapur..aku crita apa yg tjadi semlm..aku dipanggil untuk memandikan abah aku untuk kali terakhir..Then, abah aku pun dikapankan..aku dipanggil sekali lagi untuk mencium abah aku utk kali terakhir..abah aku dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Permatang Pasir. Aku mengharapkan Allah mencucuri rahmat ke atas abah aku dan ditempatkan di tempat2 org2 beriman. Amin..

-penulisan di atas adalah pada ketika usia ku 16 tahun..
-terkilan juga rasa hati..kerana pada ketika itu..saya belom cukop matang..sepatotnya..tatkala hembusan nafas arwah yang terakhir..saya sepatotnya disisi abah..bukan berlari keluar ketakotan untuk menghadapi kenyataan yang akan datang..
-tatkala arwah hendak dikebumikan..saya sepatotnya disitu..bukan dirumah..betapa menyesalnya saya tiada terhingga...
-untuk menebus penyesalan..setiap penghujung solatku tidak pernah saya terlupa untuk sertakan hadiah doa buat arwah abah...
-arwah abah sentiasa manjakan saya..walaupun dah 5 tahun abah pergi..kehadiran arwah abah sentiasa segar diminda..
-suaranya sedetik pun tidak pernah saya lupa...

mohon kepada akhina wa ukhtina yang singgah di entri saya kali ini untuk sama2 sedekahkan AL-FATIHAH untuk arwah abah saya..ALLAHYARHAM MANSOR BIN ABDUL

Wednesday 8 February 2012

Allah Maha Perancang..

-surah al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

subhanallah..perancangan hari ni adalah nak ke rumah ustaz bagi sesi tazkirah..setiap hari rabu ustaz mmg akan adakan sesi tazkirah,,
jam 8 pagi la..ustazah (isteri ustaz) hantar mesej..

"assalamualaikum, hari ni tazkirah 9pg"

mmg niat di hati nak pegi..maklumlah..6 bulan ana tak pegi ke sesi tazkirah..yelah belajar di sabah bukan senang nak balik..minggu lepas pun ada juga ustazah hantar mesej..skali lagi ana tak pegi..
minggu ni iaitu harini mmg niat di hati nak pegi..tapi mak ana pulak pening2 kepala..di ambilnya daun bunga raya..diramas dalam air lalu di jeram di kepala..Alhamdulillah mak ana dah sembuh..

terfikir juga ana..kenapalah..bila kadang2 tu..kita dah siap buat perancangan..tapi Allah tak redha kan..seperti ayat yang ana taipkan di atas permulaan entri..Allah adalah sebaik-baik perancang..ada sebab kenapa Allah sengaja tidak meredhakan segala perancangan kita...
tatkala itu..hati kita sedikit mengeluh..sedikit tersentap..JADI APA YANG PERLU KITA BUAT?

1) Ingatlah bahasanya ALLAH tidak melakukan sesuatu itu dengan sia-sia
Setiap yang ALLAH jadikan di muka Bumi ini bukan lah sia-sia.ALLAH jadikan segala kejadian di muka bumi ini ada hikmahnya dan ingatlah bahawa ALLAH tidak menjadikan dugaan yang kita terima itu adalah sia-sia.Pernah atau tidak kita berfikir betapa ALLAH sayangkan kita setiap kali kita di timpa musibah walaupun kita sering berdoa pada ALLAH?Ingat lah sahabat sekalian ALLAH tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang hambanya tidak mampu untuk lakukan.

2)Tenang kan hati dengan zikruLLAH
ALLAH berfirman dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 41 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman!ingatlah kepada ALLAH dengan mengingat sebanyak-banyaknya”,InsyALLAH dengan adanya zikir dalam hati dapat mengahalang kita dari berprasangka buruk pada ALLAH S.W.T.

3) Sentiasa ingat bahawa ALLAH adalah SEBAIK-BAIK PERANCANG
Seperti dalam permualaan penulisan sana,ALLAH berfirman وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ yang membawa maksud “Dan Mereka Merancang,ALLAH juga merancang,Sesungguhnya ALLAH sebaik-baik perancang”.Ingatlah sahabat,ALLAH mengetahui apa yang terbaik buat kita semua,mungkin dengan apa yang lalui itu bukan jalan yang terbaik,maka ALLAH sediakan jalan yang lebih baik dari apa yang kita hajatkan,ingat tu sahabat!!

4) Jangan berhenti Untuk Berdoa dan terus berdoa
teringat ana pada satu hadith Nabi Muhammad S.A.W yang membawa maksud “pedang umat mu’min itu pada doanya” dan ALLAH juga berfirman dalam al-Quran dalam surah al-mu’min yang mambawa maksud “Dan tuhanmu berfirman : Berdoalah kepada ku,nescaya pasti aku akan perkenankan..”..Sahabat,ini janji ALLAH,mana mungkin ALLAH tidak mengotakan janjinya,pasti ALLAH mendengar setiap rintihan doa dari kita.

tatkala kita ditimpa sesuatu penyakit..tatkala itu juga kita menangis..merungut..merintih...tetapi...ingatkah kita bahawa..

Penyakit datangnya dari Allah untuk menguji keimanan hamba-hambanya. Di dalam Al-Quran, Allah menyatakan kepada kita dengan jelas bahawa Dia menguji keimanan Nabi Ayub dengan mendatangkan satu penyakit kulit yang ganjil untuk menguji keimanan beliau. Mengikut sesetengah tafsir, Iblis laknatullah mencabar Allah (s.w.t) untuk menguji keimanan Nabi Ayub dengan kesengsaraan kerana pada pandangan Iblis, Nabi Ayub beriman kerana dia telah dianugerahkan Allah dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang banyak. Iblis berhujah sekiranya Allah menjadikannya miskin dan sakit, nescaya Nabi Ayub akan marah dan kufur kepada Allah (s.w.t). Ternyata dakwaan Iblis melesit sama sekali. Keimanan Nabi Ayub menjadi semakin hebat dengan ujian tersebut.

Di dalam Al Quran Allah ada berfirman "Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan". Ini adalah dalil yang cukup kuat menunjukkan bahawa Allahlah yang menyembuhkan segala penyakit. Rawatan dan ubat-ubatan yang kita ambil hanyalah sebagai ikhtiar secara zahir yang dituntut oleh Allah untuk kita lakukan. Namun hakikatnya, Allah jualah yang menyembuhkan penyakit kita.

moga perkongsian kali ini dapat membuka minda kita supaya lebih mengingati Allah dalam setiap sesuatu..syukran ya akhina wa ukhtina kerana sudi membaca entri kali ini...assalamualaikum

Monday 6 February 2012

BidAdAri..SyUrGa...siapakah ia? adakah kita? ikuti kisah ini^^

Anisah baru sja 2 bulan bernikah dgn Ahmad. Tiba2 Ahmad sudah minta pd Anisah utk nikah lagi. Anisah trkejut. Dia bertanya kpd suaminya, "Adakah layanan sy tak elok pd abang sehingga abg nk nikah lagi?" "Tidak, Anis sudah ckup solehah buat abg." balas Ahmad. Anisah trtunduk. Dia bersuara semula, " Tak mengapalah. Andai itu keinginan abg, sy tiada msalah. Senang abg, senang sy. Bahagia abg, bahagia sy." ujar Anisah taat. Benarlah. Tak pernah sepatah pn kata2 suami yg berupa taat utk dia mmbantah. Krn dia tahu smua itu adalah syurga buatnya. Lagipun, Ahmad adalah lelaki yg paling dia cintai. Ibu dn ayahnya sudah tiada utk dia mengadu. Ahmadlah tempat dia mencurah segala rasa. Akhirnya Ahmad berpergian utk melaksanakan keinginannya itu. Anisah lepaskan dgn redho. Bulan demi bulan berlalu. Kelibat Ahmad masih tiada. Anisah sedikit risau. Dia cuba hubungi suaminya. Tp x berjaya. Sudah 3 bulan Ahmad tak pulang ke rumah. Khabar berita pn tiada. Tiap2 malam Anisah menakung air mata krn trlalu rindukan suaminya. Selalu juga manik2 jernih itu gugur mmbasahi pipinya. Abg dh lupakn sy kah? Dia bermain perasaan. Org kampung mula bising2. "Teruk betul Ahmad tu. Baru nikah 2 bulan, dh nikah sorg lagi. Pastu rumah bini sni pn x reti balik jenguk dah. Aku igtkan bagus sgt budak tu." suara sumbang org kampung mula kedengaran. Anisah tetap sabar krn dia kenal siapa suaminya wlupun trkadang itu dia nyaris2 mahu berperasangka dgn suaminya. Dia cepat2 beristighfar. 5 bulan kemudian... Dtg seorang lelaki tak dikenali ke rumah Anisah. "Ini puan Anisah?" tanya lelaki itu. "Iya saya.." balas Anisah. "Utk pengetahuan puan, suami puan telah mati syahid di Chechnya minggu lepas. Ini ada surat utk puan dari suami puan." ujar lelaki td seakan tak mampu meluahkan. Anisah trkedu. Tiba2 sja air matanya jatuh laju ke pipi. Dia x prnah duga bahawa penantiannya selama ini berakhir dgn berita sedih ini. Anisah mmbuka perlahan surat itu.... "Assalamualaikum, Anisah. Pertamanya abg minta maaf krn x beritahu hal sebenar kpd Anis. Mmg abg nk nikah lagi. Tp abg nk nikah dgn bidadari. Bkan krn abg x sayang pd Anis. Tp abg nk tunggu Anis di sna. Abg tunggu Anis di sna utk mahkotakan Anis sbg ketua bg bidadari2 yg lain..." "Anis tunggu abg di sna. Anis akn bawa brsama ank kita ini utk berjumpa dgn ayahnya seorang pahlawan agama.." kata Anisah smbil mengusap lembut perutnya yg tunggu masa sja utk melahirkan anknya bersama Ahmad.... * Dari kisah benar. Cuma ada ubah sedikit jalan cerita dn nama.

kisah ini di copy paste dari FACEBOOK IRINE NADIA MARCELLO DOT BLOGSPOT^^

Sunday 5 February 2012

KELALAIAN

ASSALAMUALAIKUM...

harini topik mengenai kelalaian...sesungguhnya sudah menjadi janji sang syaitan yang sgt ingin melihat anak-anak adam lalai...
aku akui..sesungguhnya aku juga seorg dari anak2 adam yang lalai itu..aku lebih memilih keseronokkan..pujian manusia..keindahan dunia semata..aku mula meninggalkan amalan2 yang acap kali aku lakukan tika dulu..dulu aku seorg yang solehah..penyejuk hati orang tua ku..caraku berpakaian sentiasa menutupi aurat2 ku..

dulu aku sering menjadikan naskah Al-Quran itu sebagai novel..setiap bulan aku bersemangat untuk mengkhatam Al-Quran..aku berlumba2 untuk menghabiskan 30 juzuk dalam sebulan..masa luangku aku habiskan dgn membaca Al-Quran, berwirid, berzikir..

dulu juga..tatkala semua sedang enak memburu mimpi nan indah tatkala hening malam..tapi aku bangun bersujud pada si Dia yang Maha Besar...

dulu juga..jubah bersaiz L..mini telekung..handsocks..menjadi buruan fesyenku..

dulu juga..padangan kaum lelaki aku tempis..

dulu juga..aku sering ke madrasah2 itu untuk mengikuti kelas2 pengajian..aku sering ke rumah itu mendengar ceramah2...

dulu juga..tika ku di matrikulasi..magrib ku..isyakku..semuanya aku langsaikan di masjid..


tapi.....

sekarang..Al-Quran yang sering menjadi basahan bibirku..ku gantikannya dgn novel2 cinta bersifat lalai..

sekarang...aku lebih memilih untuk melayan mimpi2ku daripada bersujud pada Tuhanku tatkala hening malam..

sekarang..aku lebih mengejar fesyen2 yang dibawa yuna..hana tajima..najwa latif..aku bangga berpakaian sebegitu rupa..aku bangga aku pandai berfesyen...aku bangga bila mana orang memuji2 kecantikkan tubuh badan ku..aku bangga menconteng mukaku dgn alat2 make up ciptaan yahudi...aku bangga menunjukkan auratku pada kaum lelaki...

sekarang..sengaja aku membiarkan gambar ku ditatap lelaki ajnabi..

sekarang...aku kerap mengunjungi pusat membeli belah..aku kerap menonton wayang...ya AKU SUDAH PANDAI MENGUNJUNGI PUSAT KAROKAE...

sekarang..magribku..isyakku..subuhku..zohorku..asarku..sepi berlalu....

YA ALLAH...

mengapa terlalu jauh Kau membiarkan ku tersasar..
mengapa Kau membiarkan aku lalai...
mengapa Kau membiarkan keimanan ku semakin pudar..

YA ALLAH..
aku tahu sesuatu YA TUHANKU..Engkau mengujiku...Engkau sedang mengujiku dgn semua keindahan DUNIAWI...

YA ALLAH..
ingin aku beritahu Engkau sesuatu..
akulah hambaMu yang lemas di lautan dosa..
akulah hambaMu yang imannya sgt rapuh..
akulah hambaMu yang lalai....

YA ALLAH..
apakah Engkau sudi memaafkan semua kelalaian ku ini?
apakah Engkau sudi menerima semula amalan2 ku ini?
apakah Engkau sudi memberiku petunjuk2Mu lagi?
apakah Engkau sudi meletakkan ku di firdausi?

YA ALLAH..
pintaku lagi..
aku mohon kekuatan...